"Saya Melayani Dia Terlalu Baik" - Mancini

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini membidas semula Carlos Tevez dengan berkata; "Saya sebenarnya melayani dia dengan terlalu baik tetapi akhirnya ini yang saya terima."

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Tevez dalam satu temuramah dengan sebuah stesen televisyen sejurus sebelum dia kembali ke England selepas lebih tiga bulan 'melarikan' diri ke negara asalnya semula - Argentina.

Dalam temuramah itu, Tevez telah berkata yang dia sebenarnya "dilayan seperti seekor anjing" oleh Mancini.

Kata-katanya itu mengundang kontroversi baru di sebalik segala percubaan untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak oleh kelab tersebut dengan membawa Tevez pulang ke sini Selasa lalu.

Tevez, 28, telah pun turun ke padang menjalani latihan ringan pada pagi Rabu ketika pasukannya berlepas ke Porto untuk perlawanan di peringkat kejohanan Piala Europa setelah tersingkir dari kejohanan Piala Juara-Juara.

Namun harapannya untuk kembali menyarung jersi biru muda itu menjadi semakin tipis selepas Roberto Mancini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan Tevez telah dilayan sepertimana anjing ketika berlangsungnya perlawanan antara City dengan Bayern Munich September lalu.

Mancini yang ditanya bertalu-talu oleh para wartawan berhubung insiden terbaru ini menegaskan; "Saya tidak mahu melayani soalan anda berhubung isu tersebut pada waktu ini kerana perlawanan yang akan kami tempuhi adalah jauh lebih penting daripada isu ini."

"Tapi saya akan jawab satu perkara sahaja dan selepas ini saya tidak akan melayani soalan seperti ini lagi...saya langsung tidak setuju dengan kenyataan Carlos dan apa yang telah dia katakan kerana saya tidak pernah melayani dia dengan teruk.

"Mungkin ia adalah sebaliknya...saya telah melayani dia dengan begitu baik sekali...selalu.

"Sekarang saya telah menjelaskan situasi ini dan saya tidak akan bercakap mengenainya lagi untuk tempoh tiga bulan dari sekarang."

Mancini mungkin merujuk kepada insiden yang berlaku pada Mac 2010 apabila dia membenarkan Tevez pulang ke Argentina selama mana yang dia mahu setelah anak perempuannya Katie dirawat di wad rawatan rapi kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

Pengurus City itu juga telah memihak kepada Tevez selepas hubungannya dengan pihak kelab menjadi masam ekoran tindakannya memohon agar disenaraikan dalam senarai perpindahan pada tahun yang sama.

Dan Mancini juga masih sanggup menyenaraikan Tevez dalam kesebelasan utama selepas tindakannya untuk berpindah ke kelab Brazil, Corinthians musim panas lalu mencetuskan kemarahan kelab dan juga peminat.

Sejak kembali ke England Selasa lalu, Tevez masih belum berpeluang bertemu dan bercakap dengan pengurusnya itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan