Piala Juara-Juara Eropah: Arsenal Mengaku Kalah

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsène Wenger menyifatkan kekalahan 4-0 di tangan AC Milan dalam perlawanan pusingan kalah mati Piala Juara-Juara Eropah awal pagi tadi telah memusnahkan peluang mereka dalam pertandingan tersebut.

Ini adalah kekalahan paling teruk bagi Arsenal dalam kempen peringkat Eropah.

Wenger menegaskan, adalah mustahil untuk mereka mengatasi jumlah jaringan gol tersebut dalam perlawanan di tempat sendiri nanti. Perlawanan awal pagi tadi berlangsung d San Siro.

"Ini adalah perlawanan yang tidak akan dilupakan malah ia adalah perlawanan Arsenal yang paling teruk di peringkat Eropah. Kami ditewaskan dalam semua aspek perlawanan," ujarnya.

Wenger perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan semula semangat pasukannya yang akan berhadapan dengan Sunderland dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA Sabtu ini.

Bekas kapten, Patrick Vieira menulis dalam laman twitternya; "Arsenal tidak ada kepimpinan di atas padang. Jadi kita tidak harus meletakkkan segala-galanya di bahu pengurus."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan