FAM Putuskan Pemain & Pegawai Mesti Isytihar Harta

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal melaksanakan proses pengisytiharan harta bagi pemain dan pegawai bola sepak dalam tempoh terdekat ini sebagai satu cara untuk mengekang gejala rasuah yang kembali melanda sukan bola sepak negara.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata semua pihak terbabit haruslah mematuhi arahan yang ditetapkan sejurus proses itu dikuatkuasakan.

Katanya, FAM sudah lama menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan.

"Jawatankuasa ini yang dianggotai oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah duduk semeja dan di antara pendekatan yang kami ambil selain pengesahan pembayaran gaji, satu lagi langkah membasmi rasuah adalah menerusi pengisytiharan harta," katanya ketika ditemuramah dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, jurulatih skuad bola sepak Kuala Lumpur Razif Ismail menyambut baik cadangan pengisytiharan harta yang dicadangkan Azzuddin kerana ia sekurang-kurangnya membolehkan pihak berwajib memantau gaya hidup para pemain bola negara.

Beliau turut menafikan tanggapan prestasi buruk pasukan bimbingannya mempunyai kaitan dengan elemen rasuah.

Sebaliknya, tegas Razif ia berpunca daripada tindakan seramai 15 pemain musim lepas yang memilih untuk berhijrah ke pasukan baharu.

Berikutan kekangan kewangan, Razif menjelaskan, pasukannya tidak berupaya untuk mendapatkan khidmat pemain-pemain terbaik untuk menggalas cabaran Kuala Lumpur dalam saingan Liga Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan