Tevez Kembali Ke Kelab Tapi Tidak Bertembung Mancini

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tevez kembali ke Manchester City selepas hampir empat bulan meninggalkan kelab itu tanpa kebenaran.
Tevez kembali ke Manchester City selepas hampir empat bulan meninggalkan kelab itu tanpa kebenaran.

MANCHESTER: Carlos Tevez muncul buat pertama kalinya di Ibu Pejabat Manchester City di Carrington - setelah hampir empat bulan menghilangkan diri tetapi tidak bertembung dengan pengurusnya, Roberto Mancini.

Tevez menunjukkan mukanya di pejabat Manchester City pada lebih kurang jam 4.45 petang Selasa tetapi Mancini telah meninggalkan pejabatnya pada pukul 1.30 petang - mungkin untuk mengelak suasana janggal selepas sekian lama bertelagah dengan bekas kapten pasukannya itu.

Pemain itu dijadualkan untuk turun berlatih di padang latihan Manchester City pada pagi Rabu.

Krisis antara Tevez dan Mancini meletup apabila pemain itu dikatakan enggan memanaskan badan untuk diturunkan sebagai pemain gantian ketika kelab itu menentang Bayern Munich September lalu.

Kini selepas kembali semula ke England dari Argentina, Tevez berkemungkinan besar akan berhadapan dengan satu lagi hukuman berat dalam bentuk potongan gaji dan faedah lain jika pihak kelab tidak berpuashati dengan komentar yang dilemparkannya dalam satu temuramah dengan sebuah televisyen sejurus sebelum dia kembali ke England.

Dalam temuramah itu Tevez dilaporkan sebagai berkata yang dia selama ini telah dilayan bagaikan seekor anjing oleh Mancini.

Walaupun ada kemungkinan Tevez akan memohon maaf kepada Mancini di atas insiden yang berlaku September tahun lalu tetapi komentar terbarunya ini dikhuatiri akan mencetuskan masalah baru di antaranya dengan pengurus itu.

Pada masa yang sama pihak kelab juga tidak mahu aset yang begitu berharga seperti Tevez dibiarkan begitu sahaja tanpa khidmatnya digunakan semaksimum yang mungkin setelah tidak ada kelab lain yang sanggup membelinya kerana tuntutan gaji yang sangat besar dan luar biasa.

Sekiranya pihak kelab mahu meneruskan tindakan denda ke atasnya, adalah dijangkakan Tevez terpaksa membayar hukuman berjumlah enam minggu gaji iaitu sebanyak £1.2 juta tidak termasuk faedah-faedah lain.

Dan sekiranya dia terus didenda kerana membuat kenyataan negatif ke atas Mancini, pemain berusia 28 tahun itu boleh dikenakan hukuman tambahan sebanyak dua minggu gaji lagi berjumlah £400,000.

Selepas itu City akan mendesak Tevez supaya menghormati kontraknya.

Tevez sendiri tidak mempunyai banyak pilihan kerana ejen-ejennya gagal memeteraikan sebarang perjanjian perpindahan dengan AC Milan bulan lalu selepas City enggan menurunkan yuran perpindahan berjumlah £25 juta.

Pemain Argentina itu telah pun berjumpa dengan doktor kelab pada jam 5 petang Selasa untuk memeriksa tahap kesihatan dan kecergasannya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan