Sanchez Jaring Dua Gol Tewaskan Leverkusen

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUA gol hasil jaringan Alexis Sanchez (gambar) pada aksi pertamanya dalam Liga Juara-Juara (CL) membawa kemenangan Barcelona 3-1 ke atas Bayern Laverkusen pada aksi 16 pasukan terakhir di BayArena, awal pagi Rabu.

Barca yang masih mengekalkan 13 rekod tanpa kalah dan 28 gol musim ini dilihat bekerja keras cuba pertahankan trofi kejuaraan untuk kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

Gol ketiga Barca dihasilkan oleh Lionel Messi 12 minit sebelum tamat perlawanan.

“Kami berpuas hati dengan keputusan perlawanan ini dan tiga gol di tempat lawan adalah sangat penting,” kata jurulatih Barca, Pep Guardiola.

Sanchez menjaringkan gol pertama pada minit ke-41 selepas menerima hantaran sempurna dari Messi.

Pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-52 melalui Michal Kadlec namun Sanchez sekali lagi menghasilkan gol kedua Barca tiga minit selepas itu.

Senarai pemain:

Leverkusen: Leno, Schwaab, Reinartz, Friedrich, Corluka, Kadlec, Castro, Rolfes, Bender, Augusto, Schurrle. (pemain simpanan) Yelldell, Oczipka, Da Costa, Toprak, Ortega, Bellarabi, Kiessling.

Barcelona: Valdes, Alves, Puyol, Abidal, Fabregas, Iniesta, Mascherano, Busquets, Adriano, Sanchez, Messi. (pemain simpanan): Pinto, Bartra, Thiago, Dos Santos, Roberto, Pedro, Cuenca..

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan