Mancini Layan Saya Seperti Anjing: Tevez

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CARLOS Tevez (gambar) mendakwa pengurus Manchester City, Roberto Mancini melayan dirinya seperti 'anjing' walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan sebelum ini.

Penyerang itu mendakwa ‘angin’ Mancini tidak baik dan memaki hamun kepadanya ketika dia sedang duduk di bangku simpanan pada perlawanan Liga Juara-Juara (CL) menentang Bayern Munich September tahun lalu.

Bercakap kepada Fox Sports mengenai keengganan untuk memanaskan badan pada 27 September lalu, penyerang Argentina itu berkata: “Saya berada dalam mood yang tidak baik apabila dia membawa masuk Nigel De Jong dan mengeluarkan Edin Dzeko serta kami tewas 2-0.

"Saya rasakan itu pertukaran bahagian pertahanan, jadi saya ambil keputusan untuk duduk.

“Sebelum itu saya telah memanaskan badan selama 10 minit. Dia mempunyai perangai yang menyebabkan pasukan kalah 2-0 walaupun nyaris kalah 4-0.

"Saya hanya duduk ketika Dzeko keluar dalam keadaan marah dan pergi ke arah Mancini.

"Selepas itu dia berjalan ke arah terowong laluan pemain tetapi ia tutup dan sekali gus memaksa dia duduk di sebelah Mancini. Di situlah pertengkaran mula berlaku.

“Dzeko bercakap dalam bahasa Bosnia dan Mancini menjerit ke arahnya dalam bahasa Itali. Ia sangat teruk. Jadi saya hanya duduk di tempat yang agak terlindung.

"Namun selepas Mancini habis bertengkar dengan Dzeko, dia berpusing ke arah saya dan kamu boleh bayangkan apa yang berlaku.

“Dia dalam keadaan yang tidak berpuas hati dan menyuruh saya teruskan warm up dan melayan saya macam anjing.

"Jadi apabila dia bercakap dengan nada yang tidak elok, saya kata ‘Tidak, saya tidak akan keluar’.

"Walaupun sebelum itu saya ada keinginan untuk bermain, tetapi mood jurulatih tidak baik dan mengeluarkan kata-kata teruk kepada saya.”

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan