Ibarat Mati Hidup Semula: Wan jamak

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata, beliau kini ibarat 'mati hidup semula' selepas tempoh penggantungan tujuh perlawanan Liga Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadapnya tamat baru-baru ini.

Sepanjang tempoh itu, yang bermula sejak saingan Liga Super musim ini, beliau hanya mampu memantau dan mengikuti perkembangan anak buahnya dari jauh tanpa boleh mengatur serta mencorakkan strategi pasukan tersebut.

"Selepas tujuh perlawanan berlangsung, saya perlu melakukan sesuatu dalam usaha mengembalikan semangat dan moral pemain, dan mereka perlu kembali kepada latihan yang sebenar.

"Saya berharap kehadiran pemain import Abdelfatah Safi (pemain midfield dari Maghribi) dan Mohammed Hamidan (penyerang Ghana) mampu untuk meningkatkan momentum jentera serangan Kedah untuk menjaringkan gol, dan sekaligus membantu pasukan mengutip mata kemenangan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Wan Jamak berharap anak buahnya mampu mencorakkan permainan terbaik dan kehadiran Safi ketika pertemuan dengan Sabah di Stadium Darul Aman malam Sabtu lepas nyata memberi impak positif terutama di bahagian serangan.

"Dia (Safi) merupakan pemain yang bijak dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam padang, dan (beliau serta) pemain tempatan perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan masing-masing,"katanya.

Wan Jamak berkata beliau mempunyai strategi tersendiri dalam usaha mencari kemenangan kedua ketika bertemu dengan Terengganu esok.

Sebelum ini, beliau digantung ekoran kritikan pedas terhadap pengadil perlawanan selepas pasukan bimbingannya sekadar seri 1-1 ketika menentang Perak pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darul Aman musim lalu.

Penggantungan itu memberi kesan kepada prestasi Kedah apabila gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan pertama dan hanya menjaringkan satu gol, menyebabkan jurulatih sementara Mohd Nidzam Adha, yang merupakan Jurulatih Piala Presiden Kedah, meletakkan jawatan selepas perlawanan kelima.

Dua perlawanan selepas itu diambil alih Penolong Jurulatih Radhi Mat Din yang sebelum ini turut digantung empat perlawanan, dan menyaksikan Kedah menang serta seri sekali. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan