MB Kecewa Masalah Lampu Limpah Stadium Terengganu Berulang

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewa kerana masalah lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) gagal mencapai piawaian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya FAM perlu berbincang dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk menyelesaikan masalah itu.

"Saya tak faham, sekali kata boleh, sekali kata tidak boleh, yang mana satu hendak pakai. Dulu kata kata perlu capai 800 lux, kita dah laksanakan, tapi macam mana sekarang turun semula jadi 500 lux.

"Apa masalah sebenarnya, kalau mentol lampu rosak, ganti mentol sajalah, apa yang susah sangat," katanya mengulas mengenai masalah lampu limpah yang sekali lagi berlaku di stadium itu.

Bernama semalam melaporkan pencahayaan lampu limpah stadium itu hanya 500 lux berbanding 800 lux jumlah maksimum yang ditetapkan oleh FAM.

Masalah itu menyebabkan perlawanan Liga Super antara Terengganu dan Kedah esok mungkin dilangsungkan pada sebelah petang, kata koordinator perlawanan Abdul Ghani Ishak.

"Keputusan sama ada stadium berkenan boleh digunakan waktu malam atau sebaliknya akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa pertandingan tempatan FAM nanti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan