Masa Depan Suarez Di Liverpool Tergugat

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suarez (kanan) menolak untuk bersalam dengan Evra sebelum perlawanan Liga Inggeris Sabtu lalu.
Suarez (kanan) menolak untuk bersalam dengan Evra sebelum perlawanan Liga Inggeris Sabtu lalu.

MASA depan penyerang Liverpool, Luiz Suarez dilihat sedikit tergugat selepas satu lagi kontroversi timbul setelah dia menolak untuk bersalam dengan pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra sebelum perlawanan bermula pada malam Sabtu lalu.

Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre telah mengeluarkan kenyataan kecewa dengan sikap pemain antarabangsa dari Uruguay itu yang mana ia menjatuhkan nama baik kelab.

Kenyataan Ayre turut mengkritik tindakan pemain bernilai £22.8 juta (RM 92 juta) yang dibeli dari kelab Ajax buat kali pertama sejak isu perkauman yang dikeluarkan oleh Suarez kepada Evra Oktober lalu sekaligus menyebabkan dia digantung lapan perlawanan.

Kelakuannya tersebut turut menimbulkan kemarahan pemilik kelab dari Amerika Syarikat itu, Fenway Sports Group dan turut menjejaskan nama kelab. Kemungkinan besar penyerang ini bakal berdepan dengan hukuman dari majikannya di atas apa yang berlaku di Old Trafford.

Suarez kini menerima kritikan hebat daripada seluruh peminat bola sepak, dan ini boleh memberi kesan kepada perlawanan utama musim ini yang sudah di penghujung musim dan masa depannya masih belum jelas, lebih-lebih lagi jika pihak kelab ‘termakan’ dengan komen pengurus Manchester United yang mengatakan Suarez tidak patut bermain dengan Liverpool lagi.

“Kami sangat kecewa dengan tindakan Suarez yang menolak untuk bersalam dengan Evra sebelum perlawanan. Pemain itu memberitahu kami dia akan bersalam sebelum perlawanan, namun tidak berlaku seperti itu.

“Dia silap memalukan kami dan tidak bersalam dengan Evra. Dia bukan sahaja mengecewakan diri sendiri, tetapi kepada pengurus, Kenny Dalglish, rakan-rakan sepasukan dan juga kelab.

“Sangat jelas kelakuan ini memang tidak boleh diterima. Tetapi dia telah melakukan perkara betul dengan memohon maaf selepas itu.

“Bagaimanapun, semua orang mempunyai tanggungjawab sendiri dalam menjaga tingkah laku dan kami harap dia faham apa yang dimahukan oleh setiap orang jika mewakili kelab ini,” jelas Ayre.

Selain itu, Liverpool dan Manchester United bakal menerima hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas dilihat menimbulkan hura-hara ketika kedua pasukan berjalan di laluan pemain semasa tamat separuh masa pertama perlawanan Sabtu lalu.

Manakala pihak FA juga sedang menunggu laporan mengenai Evra yang cuba membuat provokasi merai kemenangan di depan Suarez selepas wisel tamat perlawanan dibunyikan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan