City Kembali Rampas Takhta Liga - Bola Sepak | mStar

City Kembali Rampas Takhta Liga

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lescott menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi menentang Aston Villa, awal pagi Isnin.
Lescott menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi menentang Aston Villa, awal pagi Isnin.

MANCHESTER City kembali mengambil alih kedudukan teratas liga selepas menang tipis 1-0 ke atas Aston Villa pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park, awal pagi Isnin.

Pemain pertahanan City, Joleon Lescott menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-63 setelah kedua pasukan gagal mencuri sebarang mata pada babak pertama permainan.

Kemenangan ini sekali gus memberi kelebihan dua mata (60 mata) kepada pasukan kendalian Roberto Mancini itu selepas Sabtu lalu, Manchester United (58 mata) merampas kedudukan setelah menang 2-1 ke atas Liverpool menjadi saingan perebutan takhta liga semakin sengit.

“Kami berada di atas sejak Ogos lalu, dan sememangnya layak dengan kedudukan itu. Ia merupakan saingan yang sengit. Kami sedar perlawanan ini sangat sukar tetapi pemain-pemain telah mempamerkan aksi cemerlang.

“Joe Hart masih muda dan ramai lagi penjaga gol yang lebih berpengalaman. Dia masih ada banyak masa, namun dia telah buktikan bahawa dia adalah penjaga gol yang ada kelas tersendiri.

“Joleon telah menunjukkan permainan yang menakjubkan, kami telah mencuba pada separuh masa pertama tetapi gagal mendapatkan gol,” kata Mancini.

Sementara itu pengurus Aston Villa, Alex McLeish berkata, pasukannya tidak bertuah pada perlawanan ini walaupun peluang untuk menjaringkan gol terbuka luas.

“Saya yakin segala perancangan telah berjalan lancar, tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Semua percubaan gagal. Kami perlu menghentikan kesilapan ini dan memberi fokus kepada perlawanan seterusnya,” katanya,.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan