Tindakan FAM Gantung 11 Pemain Amat Wajar : Mohamad

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan daripada sebarang aktiviti bola sepak tempatan kerana terlibat dengan skandal rasuah adalah wajar bagi menyelamatkan industri bola sepak negara.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu juga diharap dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat dalam sukan bola sepak termasuk pemain dan pegawai agar menjauhi aktiviti tidak bermoral tersebut.

"FAM membuat keputusan itu supaya isu menjual permainan ini diambil serius jadi saya harap semua pegawai dan pemain dapat mengambil iktibar.

"Jika FAM tidak mengambil keputusan tegas seperti ini semua orang akan mengambil ringan mengenai isu rasuah dan seterusnya akan menyebabkan industri bola sepak kita akan musnah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama penduduk Kampung Abuk, di sini Rabu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan itu berkata, justeru semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan dalam membanteras gejala ini.

FAM dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan penggantungan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan musim lepas daripada sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dengan skandal rasuah, berkuat kuasa sejak 30 November lalu.

FAM turut menyatakan bekas ketua jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan musim lepas Yusarman Yusof digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti bola sepak dan beliau hanya boleh membuat rayuan bertulis kepada FAM selepas 10 tahun.

Terdahulu, Mohamad berkata pemberian surat tawaran pembelian rumah kos sederhana kepada 99 keluarga Kampung Abuk di sini yang sepatutnya akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini akan ditangguhkan.

Katanya, ini bagi membolehkan beberapa perkara yang dibangkitkan penduduk dalam perjumpaan itu diselesaikan terutama berkaitan ketidakpuasan hati mereka terhadap harga rumah yang ditawarkan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan