Rekod Menunjukkan Fabio Capello Adalah Pengurus England Yang Paling Berjaya

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus pasukan bolasepak England, Fabio Capello yang meletakkan jawatannya pada Rabu kerana membantah cara Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) menguggurkan John Terry sebagai kapten pasukan adalah seorang pengurus dengan rekod yang cemerlang.

Beliau juga mencatatkan sejarah sebagai pengurus England dengan bayaran gaji yang paling mahal iaitu sebanyak £6 juta setahun.

Sejak mengambil alih jawatan tersebut daripada Steve McClaren pada tahun 2008, Capello telah mengendalikan 42 perlawanan pasukan kebangsaan England dengan rekod kejayaan pada kadar 67 peratus.

Rekod perlawanan di bawah bimbingannya menunjukkan pasukan England telah;

Menang: 28 perlawanan.

Seri: 8 kali dan

Kalah: hanya 6 kali.

Rekod Steve McClaren (2006 hingga 2007) pula adalah seperti berikut;

Perlawanan: 18 kali.

Peratus kejayaan: 50%.

Menang: 9 perlawanan.

Seri: 4 perlawanan.

Kalah: 5 perlawanan.

Sebelum Steve McClaren, pengurus pasukan kebangsaan England ialah Sven-Göran Eriksson.

Beliau membimbing England dari tahun 2001 hingga 2006.

Beliau juga adalah seorang pengurus dengan rekod kejayaan yang agak cemerlang iaitu pada kadar 60 peratus.

Perlawanan: 67 kali.

Peratus kejayaan: 60%.

Menang: 40 perlawanan.

Seri: 17 perlawanan.

Kalah: 10 perlawanan.

Berikut adalah kronologi kepimpinan Capello sebagai pengurus England:

Jan 2008: Capello mengambil alih jawatan pengurus daripada Steve McClaren.

Feb 2008: Memulakan karier sebagai pengurus England dengan mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Switzerland.

Aug 2008: Fabio melantik John Terry sebagai kapten pasukan selepas mencuba Steven Gerrard dan Rio Ferdinand.

Nov 2008: Menerima pujian selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Jerman di Berlin.

Sept 2009: England layak ke pusingan akhir Piala Dunia selepas menewaskan musuh tradisi Croatia 5-1.

Feb 2010: John Terry digugurkan sebagai kapten pasukan buat sementara waktu selepas isu beliau menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasih rakan sepasukannya dalam Chelses, Wayne Bridge.

Jun 2010: Prestasi England dalam Piala Dunia menjadi perbualan hangat selepas mereka tewas 4-1 kepada Jerman dalam pusingan kalah mati.

Julai 2010: Pihak FA mengekalkan khidmat Capello sebagai pengurus sehingga selesainya Kejohanan Negara-Negara Eropah 2012.

Okt 2011: England layak ke pusingan akhir Kejohanan Negara-Negara Eropah 2012 selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan Montenegro.

Nov 2011: England menewaskan sebuah lagi pasukan musuh tradisinya Sweden 1-0 dalam perlawanan persahabat yang secara kebetulan adalah perlawanan terakhir di bawah bimbingan Capello.

3 Feb 2012: FA menguggurkan John Terry sebagai kapten pasukan England tanpa berunding terlebih dahulu dengan Capello berhubung isu dakwaan Terry mengeluarkan kata-kata rasis kepada adik Rio Ferdinand iaitu Anton dalam perlawanan antara Chelsea dan QPR.

5 Feb 2012: Capello muncul dalam satu rancangan televisyen Itali mengkritik tindakan FA yang membelakangkannya dan mempertahankan John Terry sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

7 Feb 2012: Capello dipanggil mengadap pengurusan tertinggi FA di Stadium Wembley di atas kritikannya itu.

8 Feb 2012: Capello meletakkan jawatan selepas mengadakan pertemuan selama lebih dua jam dengan FA Inggeris berhubung isu tersebut.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan