Legends 10 Agensi Tunggal Wakili Pele Di Seluruh Dunia

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam tempoh 40 tahun, penaja, pengurus jenama dan pihak-pihak lain yang mahukan akses kepada legenda bola sepak dunia, Pele, boleh berbuat demikian menerusi satu agensi tunggal. Legends 10 LLC (Legends 10) yang baru diperbadankan akan menjadi agensi eksklusif sah mewakili Pele di seluruh dunia berkaitan dengan semua penjenamaan baharu, perakuan dan perjanjian pelesenan produk, serta kemunculan beliau dalam sebarang acara.

Pemasaran dan pengurusan hak harta intelek Pele yang diwakili oleh Legends 10 kini akan dikendalikan menerusi satu wawasan tunggal yang mencakupi dan meneruskan legasi pemenang tiga kali Piala Dunia itu serta kehidupannya yang tersohor, di atas dan di luar padang.

"Masa pengukuhan hak-hak ini serta perwakilan adalah kritikal.Bagi tempoh empat tahun akan datang, tiga daripada acara sukan terbesar di dunia - Piala Gabungan FIFA 2013, Piala Dunia FIFA 2014 dan Sukan Olimpik Musim Bunga 2016 - akan berlangsung di negara asal Pele iaitu Brazil.

"Jelas sekali minat untuk bekerjasama dengan bintang sukan termasyhur Brazil ini akan mencapai tahap tinggi pada tempoh ini.

"Kami gembira kerana Legends 10 telah dipilih untuk mengetuai usaha ini," kata jurucakap Legends 10, Terry Byrne dalam satu kenyataan.

Legends 10 akan beroperasi dari Los Angeles dan New York dengan projek-projek awal telahpun berjalan, termasuk pembentukan semula imej jenama Pele yang kontemporari dan pelancaran media sosial rasmi.

"Ini merupakan detik perubahan penting dalam kehidupan serta kerjaya saya. Saya menaruh kepercayaan penuh terhadap Legends 10, yang akan melindungi warisan saya hari ini dan bagi generasi akan datang.

"Matlamat saya adalah untuk terus memberi motivasi dan inspirasi kepada orang ramai, di samping membuat sumbangan positif kepada dunia menerusi pelbagai sumbangan sosial," kata Pele. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan