Rio Kecewa, Terus Beri Sokongan Kepada Anton - Bola Sepak | mStar

Rio Kecewa, Terus Beri Sokongan Kepada Anton

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rio kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku ke atas adiknya, Anton.
Rio kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku ke atas adiknya, Anton.

PEMAIN pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand akhirnya bersuara dan membuat kenyataan mengenai isu perkauman yang dihadapi adiknya, Anton Ferdinand.

Anton adalah pemain pertahanan bagi pasukan Queens Park Rangers (QPR).

Rio yang selama ini berdiam diri mengakui dia amat kecewa dengan apa yang telah dilalui Anton dan menganggap ia sesuatu yang tidak adil kes itu masih belum selesai.

“Anton adalah adik saya. Kami telah membesar bersama dan saya turut menjaganya ketika dia masih kecil.

"Jika sesuatu perkara yang menyakitkan berlaku Anton, saya sentiasa berada di sisinya, seperti situasi sekarang.

"Apabila kes ini terlalu terbuka, kamu tidak boleh berkata apa-apa kerana ia boleh mengecewakan kami.

“Bagi keluarga saya ia amat sukar. Adik saya tidak menuduh sesiapa. Tetapi dia sebaliknya mangsa kepada orang yang berfikiran sempit dan sebenarnya itu sangat mengecewakan,” kata Rio.

John Terry didakwa kerana mengeluarkan kata-kata berunsurkan perkauman kepada Anton ketika pasukan Chelsea dan QPR bertemu baru-baru ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan