Man United Ikat Chelsea Seri 3-3

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Mata selepas menjaringkan gol kedua untuk Chelsea.
Aksi Mata selepas menjaringkan gol kedua untuk Chelsea.

PASUKAN Manchester United berjaya mengikat tuan rumah, Chelsea 3-3 pada aksi penuh dramatik perlawanan Liga Perdana Inggeris, (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi Isnin.

Pasukan Chelsea yang mempamerkan corak permainan lebih teratur berbanding sebelum ini berjaya mendapat gol selepas pemain Man United, Johnny Evans tersalah perhitungan menjaringkan gol sendiri.

Aksi lebih menarik pada babak kedua perlawanan apabila Juan Mata menjaringkan gol sempurna hasil daripada hantaran lintang Fernando Torres, sekaligus meninggalkan pasukan pelawat 2-0, minit ke-46.

Empat minit selepas gawang David De Gea sekali lagi bergegar apabila Mata melakukan sepakan sudut yang menyaksikan David Luiz berjaya menanduk ke arah gol.

Namun kegembiraan skuad kendalian Andre Villas-Boas ini tidak berpanjangan selepas pengadil Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti kepada Man United yang dilakukan oleh Wayne Rooney (minit ke-58 dan 69).

Skuad The Blues semakin tertekan dan cuba menjarakkan jaringan, namun David De Gea telah mempamerkan aksi terbaik dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pasukan itu.

Impian untuk meraih mata penuh perlawanan ini musnah apabila Man United berjaya mengikat keputusan seri 3-3 melalui Javier Hernandez sebelum masa perlawanan berakhir.

Sementara itu pengurus Chelsea, Villas-Boas ragu-ragu mengenai keputusan pengadil Webb yang mengadiahkan penalti kedua kepada Man United.

“Saya ragu-ragu dengan keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kedua. Tidak pasti sama ada Webb menilai daripada sudut yang betul atau tidak. Mungkin penjaga garisan yang membuat keputusan tetapi itu agak malang bagi kami.

“Saya juga tidak pasti keputusan itu adalah balasan kepada aksi separuh masa kami, tetapi ia amat salah. Secara keseluruhan situasi itu sangat mengecewakan.

“Kami jangkakan perlawanan penting seperti ini mampu diadili oleh pengadil terbaik, namun ia tidak pernah terjadi kepada kami,” katanya.

Manakala pengurus Man United, Sir Alex Ferguson berkata, sepatutnya ada pemain yang dihantar keluar padang pada separuh masa pertama. Danny Welbeck jelas dijatuhkan. Saya akui itu di luar kawasan penalti, tetapi tidak ada apa-apa tindakan ketika itu.

“Penjaga garisan turut memberi sepakan penalti kepada kami ketika menentang Liverpool tahun lepas, bertemu Arsenal baru-baru ini dan dia tidak nampak kejadian itu?

“Saya tidak menyalahkan Webb kerana dia perlukan pertolongan dalam beberapa situasi, tapi malangnya tidak ada,” jelasnya.

Senarai pemain:

Chelsea: Cech; Ivanovic, David Luiz, Cahill, Bosingwa; Meireles, Essien, Malouda; Sturridge, Torres, Mata.

Manchester United: De Gea, Rafael, Ferdinand, Evans, Evra, Valencia, Carrick, Giggs, Young, Rooney, Welbeck.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan