Dalglish Tagih Aksi Luar Biasa Suarez - Bola Sepak | mStar

Dalglish Tagih Aksi Luar Biasa Suarez

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS tidak beraksi lapan perlawanan, kini penyerang Liverpool Luis Suarez (gambar) kembali bersama skuad dalam misi bertemu Tottenham Hotspur pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Selasa.

Pengurus The Reds, Kenny Dalglish berharap agar Suarez mampu memberi sesuatu luar biasa pada pertemuan ini setelah agak lama berehat.

Penyerang antarabangsa Uruguay itu sebelum ini telah dikenakan hukuman penggantungan sebanyak lapan perlawanan selepas didapati bersalah menghemburkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra, Oktober tahun lalu.

Sepanjang ketiadaan Suarez, Liverpool berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila mara ke pentas final Piala Liga dan dijadual berdepan Cardiff City pada 26 Februari ini.

“Sentuhan penyudah Suarez tetap sama ketika sesi latihan dan dia sangat gembira kembali diturunkan.

"Pun begitu kami menilai perkembangannya terlebih dahulu ketika sesi latihan sebelum membuat keputusan untuk menurunkannya ataupun tidak.

“Bukan sahaja Suarez, ada beberapa lagi pemain yang kini sedang diberi perhatian sebelum membuat sebarang keputusan siapa yang bakal diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Adalah suatu yang baik apabila Suarez sudah boleh diturunkan dan menjadi pilihan untuk berada dalam kesebelasan utama.

"Namun, kami memiliki ramai pemain yang menakjubkan,” kata Dalglish.

Selain itu, kapten pasukan, Steven Gerrard turut dijangka akan beraksi selepas diketepikan ketika Liverpool menang 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers Rabu lalu.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan