Magpies Hantar Rovers Ke Zon Penyingkiran

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEWCASTLE United mara ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Blackburn 2-0 di Ewood Park sekali gus menghantar pasukan itu ke zon penyingkiran.

Hanya kelebihan satu mata, pasukan Magpies ini mengambil alih kedudukan Liverpool yang turun ke tangga keenam liga dengan 38 mata.

Kekalahan ke-13 musim ini meletakkan Rovers dalam kedudukan tidak selamat dengan 18 mata, dan hanya berbeza dua mata daripada Bolton Wanderers (20 mata) yang meraih seri ketika menentang Arsenal awal pagi Khamis.

Sepanjang 23 jumlah perlawanan musim ini, pasukan kendalian Steve Kean ini hanya menang empat kali dan seri enam kali.

Gol pertama Newcastle hadir apabila bola lantunan Ryan Taylor terkena kasut pemain pertahanan Rovers, Scott Dann dan terus mencecah jaring pada minit ke-12 manakala gol kedua dijaringkan oleh Gabriel Obertan minit ke-90.

Senarai pemain:

Blackburn: Robinson, Lowe, Dann, Givet, Olsson, Hoilett, Dunn, Nzonzi, Pedersen, Petrovic, Modeste. (Pemain simpanan): Bunn, Formica, Slew, Rochina, Vukcevic, Hanley, Henley

Newcastle: Krul, Simpson, Coloccini, Williamson, Santon, Ben Arfa, Guthrie, Ryan Taylor, Gutierrez, Best, Shola Ameobi. (Pemain simpanan) : Elliot, Lovenkrands, Abeid, Perch, Gosling, Obertan, Ferguson.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan