Hughes Puji Aksi Cisse

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cisse menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol pertama Rangers pada aksi menentang Aston Villa, awal pagi Khamis.
Cisse menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol pertama Rangers pada aksi menentang Aston Villa, awal pagi Khamis.

PENGURUS Queens Park Rangers, Mark Hughes memuji aksi penyerang barunya, Djibril Cisse pada perlawanan menentang Aston Villa yang berkesudahan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bertandang di Villa Park, awal pagi Khamis.

Cisse menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-12 pada aksi pertama bersama kelab itu.

“Saya rasakan aksi Cisse sangat menakjubkan dan kini semua orang tahu mengapa saya perlukan dia dalam pasukan ini.

"Dia amat penting, bukan sahaja bijak mengawal keadaan, tetapi dia sangat bertenaga, lebih-lebih lagi Cisse ada pengalaman bermain bersama Sunderland (2008-09) dan Liverpool (2004-06).

“Itulah salah satu sebab mengapa kami mengikat dia di sini. Amat sukar untuk mencari pemain bagus pada bulan Januari kerana mereka tidak tahu beraksi dalam Liga Perdana," katanya.

Pada aksi itu, QPR telah mendahului Aston Villa dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama selepas gol sendiri daripada pemain tuan rumah Warnock, namun kebangkitan anak buah Alex McLeish pada babak kedua telah mengganggu rentak permainan Rangers.

“Kami telah mempamerkan aksi yang berkualiti, tetapi saya tidak berpuas hati dengan permainan separuh masa pertama.

"Kami bangkit seelpas babak kedua bermula sekali gus memberi semangat luar biasa kepada pemain untuk mencari gol penyamaan dan ia menjadi kenyataan,” jelas McLeish.

Gol Aston Villa telah dijaringkan oleh Darren Bent minit ke-45 dan Charles N’Zogbia (m-79).

Senarai pemain:

Aston Villa: Given, Hutton, Cuellar, Dunne, Warnock, Ireland, Petrov, Clark, N’Zogbia, Keane, Bent. (Pemain simpanan): Guzan, Heskey, Bannan, Weimann, Lichaj, Baker, Gardner.

QPR: Kenny, Young, Ferdinand, Onuoha, Taiwo, Wright-Phillips, Barton, Derry, Mackie, Hulse, Cisse. (pemain simpanan): Cerny, Hill, Hall, Smith, Ephraim, Macheda, Balanta.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan