Gibson Kini Bekas Pemain Man Utd Paling Popular

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gibson menjadi tumpuan selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika pasukannya menentang Man City pada Rabu.
Gibson menjadi tumpuan selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika pasukannya menentang Man City pada Rabu.

DARRON GIBSON bukan lagi pemain Manchester United tetapi Everton namun hari ini dia adalah pemain yang paling banyak mendapat ucapan terima kasih daripada rakan-rakan lamanya di United.

Ini kerana gol tunggalnya ketika menentang Manchester City - yang pertama sejak 2010 dalam liga - telah meletakkan kembali United berkongsi mata dengan City.

Gibson adalah pemain kelahiran akademi bolasepak United dan berada di kelab tersebut selama tujuh tahun namun tempatnya dalam kesebelasan utama menjadi semakin tipis sejak insiden dia keluar makan malam bersama Wayne Rooney selepas Krismas tahun lalu.

Sementara Rooney didenda seminggu gaji dan tidak diturunkan dalam dua perlawanan tetapi Gibson mendapat hukuman yang lebih teruk daripada Sir Alex Ferguson iaitu digugurkan terus.

Everton yang dipimpin oleh David Moyes yang juga seorang keturunan Scottish sepertimana Ferguson telah menjadi penyelamat dengan membeli pemain kelahiran Ireland yang berusia 24 tahun itu.

Dan pada Selasa, Gibson seolah-olah seperti telah membayar semula hutangnya kepada Ferguson dengan melakukan 'favour' kepada United.

Jaringannya menyebabkan City tewas 0-1 kepada Everton.

Yang menariknya, pada masa yang sama United sedang berentap menentang Stoke City di Old Trafford dan para penonton yang turut sibuk mengikuti perkembangan Everton menentang City melalui radio telah menjerit-jerit nama Gibson sebaik sahaja dia menjaringkan gol.

Pada mulanya Ferguson yang tidak tahu apa-apa berasa hairan mengapa para penyokong masih melaung-laungkan nama Gibson sedangkan dia sudah pun berpindah ke Everton.

Dia menyangkakan para penonton seperti mengejek atau menyindirnya kerana kecewa Gibson dijual kepada Everton namun selepas para pegawai United membisikkan sesuatu ke telinga Ferguson apa yang sedang berlaku di Goodison Park, barulah Ferguson mengukirkan senyuman panjang.

Dia mungkin berkata "aku telah melakukan tindakan yang betul dengan menjual budak itu kepada Everton kerana golnya telah membuka peluang kepada United untuk menyamakan kedudukan dengan City semula.'

Rio Ferdinand kemudiannya telah menghantar mesej melalui laman tweete dengan menulis: "Baru sahaja urus belanja makan untuk Darron."

Dan Wayne Rooney menambah: "Yeeeeeeesssssssss Gibbo. Aku sayang sangat kat kau."

Gibson kemudian menceritakan: "Saya sedar telefon saya akan dipenuhi dengan teks pesanan ringkas daripada rakan-rakan lama kat United. Ini membuktikan saya masih ada ramai kawan setia di sana."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan