Akademi Bola Sepak Majalah SukanMania Untuk Remaja

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abd Samad melakukan sepakan sempena merasmikan Akademi Bolasepak Majalah SukanMania baru-baru ini.
Abd Samad melakukan sepakan sempena merasmikan Akademi Bolasepak Majalah SukanMania baru-baru ini.

AKADEMI Bolasepak Majalah SukanMania yang dilancarkan baru-baru ini merupakan satu lagi inisiatif yang diambil bagi memastikan pembanguan sukan bola sepak dari akar umbi dilaksanakan sebaik mungkin.

Akademi yang ditubuhkan di peringkat Negeri Sembilan ini bertujuan bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang tercicir di dalam sukan ini dan juga kepada pelajar yang berminat terhadap dunia bolasepak.

Menurut Exco Pembangunan Modal Insan dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Abd Samad Ibrahim, pihaknya yakin bahawa penubuhan akademi ini dapat membuka minda ibu bapa tentang pendedahan sukan bolasepak untuk kanak-kanak yang mampu memberi karier besar pada masa akan datang.

“Di dalam Akademi Bolasepak Majalah SukanMania ini juga di ajar tentang sains dan bidang kerjaya di masa hadapan yang berkaitan dengan sukan,” katanya selepas majlis pelancaran akademi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 1, Seremban minggu lalu.

Sementara itu, Pengerusi Majalah SukanMania, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, inilah peluang yang terbaik bagi pelajar menimba serta belajar tentang bolasepak tanpa mengenepikan pelajaran, ini juga merupakan salah satu usaha bagi membantu program 1Murid 1Sukan yang dilaksanakan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Program mingguan ini adalah untuk mereka yang berumur 6 hingga 17 tahun. Iadikendalikan oleh bekas pemain kebangsaan, Chow Chee Weng yang dilantik sebagai care taker Akademi Majalah SukanMania.

“Akademi ini akan beroperasi di setiap negeri, ini memberi peluang kepada pelajar dari luar Lembah Klang untuk bersama di dalam pembangunan bolasepak.

"Di Lembah Klang terdapat banyak akademi bolasepak, mungkin ia terlalu jauh, maka kami memberi ruang kepada pelajar dari luar Lembah Klang.

“Kadar yuran bulanan ialah sebanyak RM50.00 sahaja untuk latihan setiap minggu yang akan beroperasi di Seremban sebagai lokasi pertama,” katanya.

Selain itu, sebuah syarikat pembekal jenama pakaian sukan serta cenderamata, Zrich Corporation Sdn Bhd dan syarikat minuman terkenal, 100 PLUS telah menjalinkan usahasama dalam mengukuhkan lagi perjalanan akademi ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan