MB Terengganu Nafi Nilai Peralatan Stadium Sultan Mizan Dicuri RM50 Juta

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu pada Rabu menafikan nilai peralatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang dicuri sebanyak RM50 juta sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan, semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ini kerana taksiran sebenar nilai barang-barang yang hilang sedang dibuat oleh pihak JKR.

"Kerugian saya rasa lebih rendah daripada yang dilaporkan. Macam mana mereka dapat RM50 juta, siapa yang berikan angka itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Semalam akhbar itu melaporkan peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan pelbagai lagi termasuk dua set janakuasa di SSMZA yang semuanya bernilai RM50 juta lesap dilarikan pencuri sejak stadium itu ditutup dua tahun lalu selepas sebahagian bumbungnya runtuh.

Ahmad berkata sebenarnya perkara itu sekarang ini dalam tindakan dan siasatan pihak polis.

Beliau berkata sepatutnya kejadian itu tidak berlaku kerana pengawal-pengawal keselamatan telah ditempatkan di SSMZA.

"Tidak tahulah...takut harapkan pagar, pagar makan padi," katanya.

Ahmad berkata kemungkinan juga pengawal tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna menyebabkan pencuri dapat masuk dan mengambil peralatan yang ada di stadium itu.

Beliau berkata kerajaan negeri sekarang dalam proses menukar syarikat pengawal keselamatan di stadium itu.

Katanya kerja-kerja untuk membaik pulih stadium itu bergantung kepada tender yang dikeluarkan pihak JKR. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan