Man Utd Akhirnya Jual Pemain Bermasalah Ravel Morrison Kepada West Ham Utd - Bola Sepak | mStar

Man Utd Akhirnya Jual Pemain Bermasalah Ravel Morrison Kepada West Ham Utd

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Ravel Morrison pemain Manchester United yang disifatkan sebagai sangat berbakat sepertimana Danny Welbeck tetapi bermasalah dan besar kepala akhirnya dilepaskan kepada West Ham United dengan harga perpindahan bernilai £650,000.

Jumlah itu boleh meningkat sehingga £2 juta bergantung kepada prestasi serta sumbangan pemain itu kepada kelab barunya nanti.

Pemain berusia 18 tahun itu telah membangkitkan kemarahan Sir Alex Ferguson apabila mendesak gaji mingguan yang disifatkan sebagai 'tidak masuk akal' oleh pengurus Man utd itu.

Pengurus West Ham, Sam Allardyce berharap dengan kehadiran Morrison, mereka boleh segera kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Di West Ham, Morrison akhirnya bersetuju untuk menerima gaji sekitar £12,000 seminggu dan boleh dinaikkan sehingga £65,000 seminggu bergantung kepada prestasi permainan dan jika West Ham berjaya kembali ke Liga Perdana.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan