Shabery Cheek Mahu Rasuah Bola Sepak Dibenteras Ke Akar Umbi

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak tegas membanteras kegiatan rasuah bola sepak ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, perbuatan tersebut amat memalukan dan menjejas integriti sukan negara dan mereka yang terlibat tidak kira pemain mahupun pihak pengurusan wajar dikenakan tindakan untuk mengelakkan ia menjadi barah dalam sukan bola sepak.

Beliau diminta mengulas mengenai kes seorang pemain skuad Liga Perdana Perlis yang disiasat oleh SPRM kerana dipercayai terlibat mengatur perlawanan berikutan kekalahan teruk Perlis 7-2 kepada MP Muar pada 9 Jan lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, "Kita kena lihat secara teliti. Adakah perkara (rasuah) ini berlaku disebabkan sikap tamak pemain.

"Atau disebabkan pihak pengurusan tidak membayar gaji...(atau) pun sebab sikap cemburu terhadap pemain import yang dibayar gaji lebih tinggi berbanding mereka (pemain tempatan)," katanya.

Namun Ahmad Shabery berkata, apa jua alasan yang diberikan mereka yang terlibat dalam rasuah bola sepak ini wajar dikenakan tindakan tegas bukan sahaja diharamkan dari bermain dalam sukan itu tetapi juga dikenakan tindakan tegas. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan