Jurulatih Sementara Kedah Letak Jawatan Ekoran Prestasi Hambar Pasukan

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jurulatih sementara Kedah Mohd Nidzam Adzha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan kendaliannya.

Mohd Nidzam berkata keputusan tersebut dibuat memandangkan beliau gagal membawa pasukan berada pada kedudukan terbaik walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh.

"Saya menyerahkan tugasan ini kepada penolong jurulatih Radhi Mat Din dan memberi fokus sepenuhnya kepada skuad Piala Presiden selepas ini," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Kedah ketika ini berada di tangga kedua tercorot liga dengan hanya mengutip dua mata dalam lima perlawanan.

Mohd Nidzam yakin pemain mampu bangkit semula memburu kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini memandangkan saingan masih di peringkat awal dan berharap mereka tidak putus asa serta bersatu padu sebagai satu pasukan.

Beliau turut melahirkan penghargaan atas sokongan padu yang ditunjukkan penyokong setia Skuad Kenari yang mahu pasukan tersebut bangkit mencari kemenangan dan sekaligus berada pada kedudukan terbaik musim ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan jurulatih skuad Piala Presiden Kedah dipilih untuk memangku jawatan Ketua Jurulatih bagi menggantikan Wan Jamak yang digantung tujuh perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan