Mourinho Bakal Kembali Ke England

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jose Mourinho
Jose Mourinho

AKHBAR Sunday Times melaporkan Jose Mourinho akan meninggalkan Real Madrid pada musim panas dan kembali mengemudi kelab Liga Perdana Inggeris.

Walaupun Real Madrid mengungguli takhta La Liga dengan kelebihan tujuh mata, Mourinho tidak begitu disenangi dan mendapat kritikan di kalangan media di Sepanyol selepas kekalahan di tangan Barcelona baru-baru ini.

Mourinho masih belum menerima sebarang tawaran rasmi di England tetapi beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, Manchester City, Liverpool, Arsenal mahupun bekas kelabnya, Chelsea.

Beliau turut berpotensi besar untuk mengemudi Tottenham ekoran Pengurus Spurs, Harry Redknapp akan menjalani perbicaraan di mahkamah berhubung isu cukai bulan depan.

Sementara itu, menurut The Sunday Mirror, Manchester City difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat Mourinho sekiranya Roberto Mancini gagal membawa pulang sebarang trofi kejuaraan ke Etihad musim ini.

Liverpool turut mempertimbangkan tawaran kepada Manchester City untuk menyerahkan Andy Carroll sebagai pertukaran dengan Carlos Tevez.

Namun, penasihat Tevez, Kia Joorabchian menyangkal dakwaan bahawa pemain itu akan meninggalkan City bulan ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan