Liverpool Singkir United

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jaringan Kuyt membantu Liverpool mara ke pusingan kelima Piala FA.
Jaringan Kuyt membantu Liverpool mara ke pusingan kelima Piala FA.

JARINGAN pemain gantian, Dirk Kuyt ketika perlawanan berbaki hanya dua minit menyaksikan Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United pada saingan Piala FA, malam Sabtu.

Kemenangan itu meniup peluang kelab Merseyside itu untuk mengiringi kelompok 16 pasukan terakhir saingan tersebut.

Liverpool mendahului pada minit ke-21 apabila Daniel Agger melakukan tandukan hasil sepakan sudut yang gagal diselamatkan penjaga gol United, David De Gea.

United, yang beraksi tanpa kelibat Wayne Rooney akibat cedera, bangkit menerusi rembatan tepat Park Ji-sung pada minit ke-39.

Hantaran Andy Carroll gagal dipintas Evra, yang memberi ruang kepada Kuyt melakukan sepakan deras yang sekali lagi menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Liverpool.

Gol kemenangan penyerang Belanda itu merupakan kemuncak aksi dramatik bagi perlawanan pertama yang bebas daripada sebarang insiden tidak diingini.

Sebelum ini, Evra diejek akibat insiden penghinaan perkauman dengan pemain Liverpool, Luis Suarez pada Oktober lalu, yang menyebabkan pemain Uruguay itu digantung lapan perlawanan

Perlawanan mulanya tampak bakal dilangsungkan semula di Old Trafford selepas pemain tengah Korea, Park Ji-Sung memadam gol pembukaan Daniel Agger untuk Liverpool.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson menyifatkan kekalahan kepada Liverpool sebagai keputusan yang sukar untuk dipercayai.

"Kami menguasai seluruh permainan dan kami amat selesa. Pergerakan bola kami begitu baik. Pada awalnya, kami mempunyai peluang untuk menang selepas menurunkan Javier Hernandez.

"Saya percaya ketangkasan Hernandez di dalam kotak penalti sukar digugat. Jadi, kekalahan ini amat menyakitkan," katanya.

Senarai Pemain:

Liverpool: Reina, Skrtel, Carragher (Kuyt 63), Agger, Kelly, Henderson, Gerrard (Bellamy 72), Jose Enrique, Downing, Carroll, Maxi (Adam 63). (Pemain gantian: Doni, Johnson, Coates, Shelvey.)

Man Utd: De Gea, Rafael Da Silva, Smalling, Evans, Evra, Scholes (Hernandez 76), Carrick, Giggs (Berbatov 90), Valencia, Welbeck, Park. (Pemain gantian: Lindegaard, Ferdinand, Fabio Da Silva, Michael Keane, Pogba.)

Jumlah penonton: 43,952 orang

Pengadil: Mark Halsey (Lancashire)

Gelanggang: Stadium Anfield

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan