Gerrard Gesa Penyokong The Reds Rasional

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gerrard menggesa penyokong-penyokong Liverpool berkelakuan baik menjelang perlawanan dengan United pada Sabtu.
Gerrard menggesa penyokong-penyokong Liverpool berkelakuan baik menjelang perlawanan dengan United pada Sabtu.

MENJELANG perlawanan dua musuh tradisi, kapten Liverpool, Steven Gerrard menggesa penyokong kelab itu berkelakuan baik dan menerima kunjungan Manchester United ke Anfield pada aksi pusingan keempat Piala FA, Sabtu.

Selepas kontroversi isu perkauman terhadap pemain pertahanan United, Patrice Evra yang menyebabkan penyerang The Reds Luis Suarez digantung lapan perlawanan, kedua pasukan ini sekali lagi berentap dan sudah pasti aksi sengit ini bakal menjadi tumpuan semua peminat kedua pasukan ini.

Malangnya Suarez masih lagi dalam tempoh penggantungan dan hanya akan jadi peyokong sahaja, manakala Evra dijangka berada dalam kesebelasan utama United.

Selaku kapten, Gerrard mahu penyokong memberi sokongan sepenuhnya kepada skuad yang dikendalikan Kenny Dalglish ini sekali gus tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perlawanan ini diingati kerana bola sepak dengan Fair Play. Adalah bagus jika selepas minggu ini ia diingat kerana permainan terbaik lebih-lebih lagi jika Liverpool mencatatkan kemenangan.

“Dan bukan perkara sebaliknya,” kata Gerrard yang dibuang padang ketika kedua-dua kelab itu bertemu dalam Piala FA musim lalu dengan kemenangan 1-0 oleh United di Old Trafford.

Gerrard yang masih teruja dengan kemenangan 3-2 ke atas Manchester City 3-2 minggu lalu untuk mara ke final Piala Liga di Wembley, bulan depan, berazam untuk meneruskan aksi terbaik menentang skuad kendalian Sir Alex Ferguson ini.

“Satu perkara hebat untuk menyingkirkan United dalam Piala FA selain City dalam Piala Liga. Kami sudah meletakkan sasaran ketika menentang City.

“Apa yang kami perlu lakukan sekarang ialah memastikan semua beraksi dengan tahap permainan yang sama dan saya pasti kami mampu mengharunginya,” jelas Gerrard.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan