Ferguson Yakin Welbeck Akan Bersama Skuad Utama England

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson berharap penyerangnya, Danny Welback akan mendapat peluang untuk beraksi pada Euro 2012.

Dua tahun lalu, Ferguson menganggap Welbeck sudah cukup sempurna untuk berada bersama Fabio Capello dalam skuad Piala Dunia, namun beberapa peringkat kecederaan membantutkan peningkatkan Welbeck seperti mana yang diharapkan oleh setiap pengurus.

Bagaimanapun Welbeck berjaya berada dalam skuad England Mac tahun lalu sebagai pemain simpanan dalam dua perlawanan menentang Montenegro dan Sepanyol.

Pun begitu Ferguson yakin pemain berusia 21 tahun itu akan berada dalam pasukan akhir Capello pada aksi di Poland dan Ukraine ini.

“Saya rasa dia akan berada dalam skuad. Dia seorang atlet yang berjiwa besar dan apabila melakukan pergerakan, dia sangat pantas.

“Dia jarang menjaringkan gol, namun ketika bersama kami, dia akan mendapatkan gol,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan