Ferdinand Terima Bungkusan Sarung Peluru, Ugutan Bunuh - Bola Sepak | mStar

Ferdinand Terima Bungkusan Sarung Peluru, Ugutan Bunuh

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferdinand (kanan) mendakwa Terry (kiri) mengeluarkan kata-kata berunsurkan perkauman pada aksi Liga Perdana Inggeris Oktober lalu.
Ferdinand (kanan) mendakwa Terry (kiri) mengeluarkan kata-kata berunsurkan perkauman pada aksi Liga Perdana Inggeris Oktober lalu.

PEMAIN pertahanan Queens Park Ranjers, Anton Ferdinand dipercayai menerima bungkusan kandungan peluru menjelang perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Chelsea, Sabtu.

Menurut jurucakap polis Scotland: “ Kami sedang menyiasat dakwaan mengenai perkara ini yang dibuat oleh kelab QPR. Pegawai dari Hammersmith dan Fulham mengendalikan kes ini.”

Bungkusan yang dihantar itu mengandungi sarung peluru serta ugutan bunuh.

Kes ini berlaku pada hari yang sama pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mendesak Ferdinand patut bersalam dengan John Terry sebelum perlawanan di Loftus Road pada Sabtu malam.

Villas-Boas berharap dan menjangkakan Ferdinand tidak akan mempedulikan Terry walaupun pemain itu dilaporkan menjadi mangsa perkauman kapten England itu pada aksi Liga Perdana Inggeris Oktober lalu.

Pertemuan kedua ini merupakan kali pertama selepas insiden itu, dan empat hari sebelum kes perbicaraan kes ini bermula kerana Terry menolak tuduhan Ferdinand itu.

“Perlawanan ini berlandasan nilai yang baik dan lebih penting daripada perkara lain. Kedua pemain patut meneruskan nilai-nilai baik itu.

“Saya telah berbincang dengan Terry dan dia menafikan kelakuan itu terhadap Ferdinand. Semua orang telah berbincang termasuk dengan pihak atasan, pemain serta pihak pengurusan,” katanya.

Katanya dia tidak sama sekali akan berbincang perkara ini sebelum perlawanan berlangsung.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan