Liew Darren Bantu Skuad Badminton Negara Ke Piala Thomas

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Liew Daren berazam untuk membantu skuad badminton negara melepasi pusingan kelayakan Piala Thomas yang akan berlangsung di Macau dari 14 hingga 19 Feb ini.

Anak jati Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu berkata, sambutan Tahun Baru Cina tahun ini akan lebih bermakna kepada beliau sekiranya berjaya memungut mata untuk skuad badminton kebangsaan bagi meraih tempat ke pusingan akhir Piala Thomas yang bakal berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei depan.

"Sekurang-kurangnya dapat satu mata untuk skuad negara sudah cukup bagus tetapi kalau dapat bantu negara melayakkan diri ke China, ia merupakan satu kejayaan terbesar dalam karier saya," katanya.

Selain Daren, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyandarkan harapan kepada pemain No 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim dan Mohd Arif Latif dalam perseorangan lelaki.

Cabaran negara dalam acara beregu lelaki negara akan diketuai oleh bekas pasangan No 1 dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Goh Wei Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Teo Kok Siang.

Mengenai kedudukan ranking beliau pada tangga ke-45 dunia ketika ini, pemain tersebut menyasarkan untuk memperbaiki kedudukan beliau pada tahap yang lebih baik.

"Tahun ini sebenarnya lebih kepada mendapatkan mata ranking tetapi sekiranya saya dapat memperbaiki kedudukan, saya boleh bermain terus di pusingan pertama tanpa melalui pusingan kelayakan pada mana-mana kejohanan yang saya sertai," katanya.

Antara pencapaian terbaik yang diraih beliau tahun lepas ialah mengejutkan pemain utama Indonesia Simon Santoso pada pusingan pertama GP Indonesia selain menewaskan pemain senior Korea Selatan, Lee Hyun Il pada pusingan kedua Terbuka Taiwan.

Kali terakhir skuad badminton kebangsaan meraih Piala Thomas ialah pada 1992 selepas menewaskan Indonesia 3-2 di Kuala Lumpur.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan