Michael Owen Ke kelab Divisyen 2 Brighton?

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BRIGHTON: Kelab Divisyen Dua, Brighton dikatakan telah membuat tawaran kepada Manchester United untuk membeli penyerang simpanan mereka, Michael Owen.

Kelab tersebut yang kini dilatih oleh bekas penyerang Chelsea, Gus Poyet bercita-cita besar untuk menyertai Liga Perdana musim depan dan mereka percaya Owen mampu melonjakkan peluang tersebut.

Akhbar The Sun UK dalam laporan eksklusifnya pada Selasa berkata, United sedang menimbang permintaan tersebut dan bersedia melepaskan Owen pada harga perpindahan yang minima kerana mereka memperolehi khidmat bekas penyerang England berusia 32 tahun itu secara percuma dari Newcastle United pada 2009.

Peluang Owen untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad United semakin tipis dengan kemunculan Danny Welbeck sebagai gandingan utama Wayne Rooney.

Selain Welbeck, lain-lain penyerang United terdiri daripada Javier Hernandez dan Dimitri Berbatov.

United baru sahaja melepaskan seorang lagi penyerang iaitu Macheda secara pinjaman kepada QPR.

Sehingga kini, Owen hanya memulakan 18 perlawanan bersama United tetapi bermain sebagai pemain gantian sebanyak 34 kali dan menjaringkan 17 gol.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan