Pertembungan Terengganu, T- Team Dijangka Sengit

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lebih 10,000 peminat dan penyokong dijangka menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan senegeri, Terengganu menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam Sabtu.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata ini kerana pertembungan antara dua pasukan itu dijangka menarik dan sengit.

"Saya tidak nampak kedua-dua pasukan akan bermain sambil lewa dan memberi kemenangan mudah antara satu sama lain," katanya ketika diminta mengulas mengenai perlawanan itu.

Sementara itu, jurulatih T-Team Yunus Alif berkata T-Team akan turun seperti biasa apabila bertemu Terengganu untuk mempertahankan kedudukannya di persada liga.

Beliau berkata anak buahnya telah diarahkan supaya memberikan persembahan terbaik bagi mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu liga.

Setelah mengharungi tiga perlawanan, T-Team memungut tujuh mata hasil dari dua kemenangan dan sekali seri manakala Terengganu menghuni tangga ketiga liga dengan enam mata.

Yunus berkata mutu permainan pasukan T-Team meningkat dari semasa ke semasa dan ini merupakan senjata utama kepada T-Team untuk menghadapi pasukan Terengganu.

Beliau berkata bahagian serangan yang begitu tumpul ketika bertemu Sabah di sini Selasa lepas telah di atasi terutamanya pemain import Zacharia Simikounda telah menampakkan permainan yang sebenar.

Yunus berkata bagitu juga bahagian pertahanan yang diketuai bekas pemain kebangsaan Rosdi Talib yang bergandingan dengan Bojan Petric dan Norfazly Alias semakin bertambah mantap.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan