Pepe Mohon Maaf Kepada Messi

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Messi terbaring selepas mengalami kecederaan di tangannya akibat tindakan kasar Pepe.
Messi terbaring selepas mengalami kecederaan di tangannya akibat tindakan kasar Pepe.

PEMAIN pertahanan Real Madrid, Pepe memohon maaf di atas tindakannya memijak tangan penyerang Barcelona, Lionel Messi pada perlawanan Piala Raja Sepanyol, Khamis.

Menurut satu kenyataan, Pepe berkata, tindakannya itu tidak disengajakan.

“Saya tidak sengaja. Semua sama, jika Messi terganggu dengan keadaan itu, saya memohon maaf kepadanya,” katanya dalam laman web Real Madrid.

Tambah Pepe, apa yang terjadi adalah tindakan saya untuk mempertahankan pasukannya.

“Saya menyerahkan jiwa dan raga kepada pasukan ini dan tidak pernah berniat untuk menyakiti kawan-kawan yang lain,” katanya.

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, Real tewas 1-2 kepada Barcelona.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan