Larissa Mahu Saman Persatuan Bola Sepak Wales

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB Greek, Larissa mengumumkan kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang kepada Persatuan Bolasepak Wales (FAW) berikutan pelantikan Chris Coleman (gambar) sebagai pengurus baru Wales.

Dia meninggalkan peranan sebagai pengurus di Larissa dengan alasan kelab Greek itu mengalami masalah kewangan.

Selepas beberapa jam pengumunan oleh FAW itu, Larissa mengeluarkan kenyataan di laman web kelab dengan mengatakan bekas pengurus Fulham itu masih mempunyai kontrak dengan mereka dan jurucakap kelab berkata: “Kami telah memulakan prosedur undang-undang untuk membuat tuntutan pampasan ke atas Welsh FA.

“Kami juga bersedia untuk mengambil tindakan kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).”

Namun Persatuan Wartawan Sukan yakin tindakan FAW melantik Coleman adalah betul berdasarkan segala perkara-perkara yang dikaitkan seperti Larissa gagal membayar gaji Coleman serta pegawai lain kerana masalah kewangan sekali gus mereka tidak melanggar kontrak.

Coleman sebelum ini menyatakan, kelab tersebut tidak membayar gajinya sejak dilantik menjadi pengurus.

“Saya meniggalkan Larissa dengan dua mata kedudukan teratas liga. Saya terpaksa membuat keputusan ini kerana mereka mengalami masalah kewangan yang besar.

"Sesetengah kakitangan kelab ini tidak tidak dibayar gaji selama enam bulan, lapan bulan dan sehingga setahun,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan