Warrior Sports, Kelab Bola Sepak Liverpool Jalin Usaha Sama

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Bola Sepak Liverpool memilih Warrior Sports sebagai pembekal kit rasmi kelab itu berkuat kuasa 1 Jun.

Warriors Sports akan menyediakan jersi untuk perlawanan tempatan, perlawanan di luar serta jersi ketiga, selain jersi latihan mereka untuk tempoh enam tahun.

Sebagai rakan kongsi kepada Liverpool, Warriors Sports menganggap langkah itu sebagai permulaan kepada perjalanan usaha sama bola sepak global syarikat.

"Usaha sama kami dengan Liverpool FC, sebuah institusi bola sepak terkemuka dunia, serta memperakui nama jenama itu di seluruh dunia, merupakan kerasian yang tepat," kata Richard Wright, Pengurus Besar Warrior Sports dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ian Ayre, Pengarah Urusan Kelab Bola Sepak Liverpool, berkata: "Liverpool FC sangat teruja untuk mengumumkan mengenai usaha sama hebat dengan Warrior Sports bagi musim Liga Premier Barclayis (Barclays Premier League) 2012-2013 dan seterusnya."

Diasaskan pada 1892, Liverpool FC merupakan satu daripada kelab bola sepak bersejarah dan terkenal, yang telah memenangi 18 Kejuaraan Liga, tujuh Piala FA, tujuh Piala Liga, lima Piala Eropah, tiga Piala UEFA, tiga Piala Super Eropah dan 15 Piala Charity Shields. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan