Kelantan Tewaskan Johor FC

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan kembali bangkit membina cengkaman bagi memperkukuhkan kedudukan di persada Liga Super apabila berjaya memperoleh tiga mata penuh hasil kejayaan menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu malam Selasa.

Hasil kemenangan itu, Kelantan kini menduduki tangga kedua carta kedudukan Liga Super dengan kutipan tujuh mata.

Terengganu yang meduduki tempat teratas persada liga turut mengumpul tujuh mata dengan kelebihan jaringan. Pada perlawanan di Stadium Negeri, Sarawak, Terengganu menewaskan pasukan Bumi Kenyalang 1-0 hasil jaringan Francis Forkey pada minit ke-36.

Gol skuad bimbingan Peter Butler dijaringkan oleh pemain tengahnya, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 dan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi wira pasukan The Red Warrios apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-72.

Gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan Khairul Ismail pada minit ke-63.

Pada perlawanan sebelah petang, Selangor tewas 0-1 kepada Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka. Gol tunggal pasukan Felda United dijaringkan Azrul Ahmad pada minit ke-28.

Kuala Lumpur pula terus dibelenggu kekalahan setelah tewas 1-2 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura. Gol tuan rumah hadir pada minit ke-41 apabila pemain Kuala Lumpur, Aiman Syazwan Abdullah melakukan kesilapan menjaringkan gol sendiri.

Shahdan Sulaiman kemudianya menjaringkan gol kedua pasukan Lions XII pada minit ke-57.

Gol saguhati Kuala Lumpur dijaringkan Fauzan Abdullah pada minit ke-68.

Perak pula menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Dua gol Perak dijaringkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-38 dan minit ke-50 manakala gol saguhati Negeri sembilan diperoleh menerusi jaringan Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-4.

Sementara itu, Selangor PKNS mencatat keputusan seri tanpa jaringan kepada Kedah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. T-Team turut sama mencatat keputusan seri tanpa jaringan kepada Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan