FAM Rancang Hantar Pemain Muda Berlatih Di Luar Negara

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merancang menghantar pemain muda untuk berlatih di luar di negara pada masa akan datang, kata naib persidennya Datuk Subahan Kamal.

"Kini, kita sepatutnya mula mencari pemain muda dan sebab itu kita percaya bahawa program pembangunan belia dalam bola sepak sangat penting.

"Kita bukan hanya bercakap mengenai pemain yang kita ada pada hari ini. Pada masa akan datang, kita hendaklah mendidik pemain seawal umur 16 atau 17 tahun", katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo rasmi 1Malaysia Cardiff City (1MCC) dan platform media sosial di sini, Selasa.

Turut hadir ialah setiausaha agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad, pengerusi 1Malaysia Cardiff City dan Cardiff City FC Datuk Chan Tien Ghee dan pengurus pasukan Cardiff City FC Malky Mackay.

Subahan berkata peluang untuk berlatih dengan pasukan terpilih di luar negara hendaklah diberikan kepada pemain yang lebih berkemampuan dan berbakat.

Mengenai penyerang kebangsaan Safee Sali dan kapten pasukan kebangsaan Shafiq Rahim berlatih dengan Cardiff FC, Subahan berkata kedua-dua mempunyai pengalaman pada tahap berlainan dengan pasukan itu.

"Bagaimanapun, mereka bukan hanya pemain Malaysia yang kita ada. Ramai lagi pemain muda dan berbakat. Kita ada dua pemain dikita dalam ranking di bawah - 23 Asian All-Star Khairul Fahmi Che Mat dan Mohamad Fadhli Mohd Shas.

"Bagi saya, tumpuan kita hendaklah pada pemain muda seperti Fadhli Shas, Muslim Ahmad. Mereka adalah contoh individu yang ada kesan besar jika dihantar ke luar negara," kata beliau.

Subahan berkata FAM bukan hanya menimbangkan untuk menghantar pemain menjalani latihan di Eropah tetapi juga di sesetengah negara utama Asia seperti Korea Selatan, Jepun dan China.

Sementara itu, Chan berkata beliau akan mengalu-ngalukan pemain Malaysia lain untuk berlatih dengan pasukan Wales.

"Sebab utama kenapa kita bawa Safee dan Shafiq ke Cardiff ialah untuk memberikan pendedahan kepada mereka. Selain itu, terpulanglah kepada mereka. Dengan memberikan pendedahan kepada mereka, mereka akan memahami apa yang ada di dunia lain atau dalam liga yang berlainan.

"Kita mengalu-ngalukan calon lain dan kita ingin terus melakukan itu kerana kita adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia dan apa yang lebih baik ialah dengan memberikan pendedahan kepada pemain dari negara kita," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan