Prestasi Torres Semakin Meningkat : Villas-Boas

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rembatan voli Torres hampir mencecah pintu gol pada perlawanan menentang Sunderland dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.
Rembatan voli Torres hampir mencecah pintu gol pada perlawanan menentang Sunderland dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas yakin Fernando Torres semakin hampir untuk berada di prestasi terbaiknya walaupun penyerang itu masih belum menambah jaringan gol.

Torres hampir menemui sentuhan penyudah ketika Chelsea menang 1-0 ke atas Sunderland dan gol terakhir jaringannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dilakukan pada 24 September lalu menentang Swansea.

Villas-Boas percaya pemain antarabangsa Sepanyol itu akan terus menjadi tonggak utama sepanjang ketiadaan Didier Drogba yang bersama Ivory Coast dalam kempen Piala Negara-Negara Afrika.

“Aksinya sangat bagus. Dia semakin mendapat rentak dalam permainan. Dia mencari inspirasi, motivasi dan setiap aksinya semakin mendapat sentuhan baik.

"Dia mendapat sokongan rakan sepasukan dan penyokong,” kata Villas-Boas.

“Saya gembira melihat dia kembali mendapat keyakinan dan membantu pemain lain. Dia tidak menjaringkan gol namun dia hampir melakukannya dan saya fikir ia bagus untuk pasukan," katanya.

Villas-Boas menegaskan ia bukan satu masalah buat Torres yang sekian lama tidak menjaringkan gol dan menafikan pemain itu perlu segera mencipta jaringan untuk mendapatkan keyakinan.

“Selagi dia membantu pasukan memenangi perlawanan, kami gembira," jelasnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan