Cahill Kini Milik Chelsea

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gary Cahill
Gary Cahill

CHELSEA berjaya menyempurnakan perpindahan pemain pertahanan England, Gary Cahill dari Bolton Wanderers.

Kelab tersebut merahsiakan bayaran perpindahan tersebut tetapi ia dijangka mencecah 17 juta pound selepas The Trotters bersetuju melepaskan Cahill.

Cahill akan melakukan penampilan pertama bersama Chelsea ketika bertandang ke Norwich, Sabtu ini.

"Chelsea adalah sebuah kelab besar. Saya amat berbangga kerana dapat beraksi bersama kelab ini. Anda tidak akan menolak peluang seperti ini," katanya.

Bekas pemain Aston Villa itu turut berada di Stamford Bridge pada Sabtu lalu untuk menyaksikan pertembungan Chelsea menentang Sunderland.

Pada perlawanan itu Chelsea menang 1-0.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan