Samba Ingin Berhijrah Ke PSG

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Samba kecewa dengan prestasi kelab Rovers.
Samba kecewa dengan prestasi kelab Rovers.

PEMAIN pertahanan Blackburn Rovers, Christopher Samba mengesahkan dia akan meninggalkan Ewood Park dan kemungkinan besar akan menyertai pasukan Paris Saint-Germain (PSG).

Samba mula menyertai Rovers pada tahun 2007 dari Hertha Berlin ingin berpindah kerana kecewa dengan prestasi hambar pasukan ini.

“Perkara tidak berlaku biarpun saya telah memberitahu mereka boleh bahawa keadaan boleh diubah, namun kelab ini langsung tidak menunjukkan perubahan positif.

“Saya telah mencuba untuk mengekalkan prestasi di tahap tertinggi tetapi ia tetap sama. Saya harap semua orang faham situasi saya ini,” katanya.

Sementara itu, bos Rovers, Steve Kean mendakwa bekas pemain antarabangsa Congo ini bukan untuk dijual selepas kelab menolak dua kali tawaran minggu lalu.

Selain itu Samba yang membesar di pinggir bandaraya Paris mengalu-alukan perancangan PSG untuk mendapatkannya.

“Kita akan lihat sama ada mereka betul-betul berminat atau tidak, namun ia sebenarnya satu berita baik untuk kembali ke tempat lahir.

“Tidak ada apa yang perlu dipertikaikan lagi kerana PSG telah banyak berubah dan bukan lagi seperti kelab beberapa tahun dulu,” katanya.

Minggu lalu, penolong pengurus Blackburn, Paul Clement turut berhijrah ke PSG.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan