QPR Setuju Syarat-Syarat Untuk Dapatkan Alex

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Alex (kiri) ketika beraksi menentang pasukan Liverpool November lalu.
Aksi Alex (kiri) ketika beraksi menentang pasukan Liverpool November lalu.

PENGURUSAN Queens Park Ranjers bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan Chelsea untuk membawa Alex ke Loftus Road.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada pada Sabtu, Ranjers melakukan tawaran untuk mendapatkan pemain antarabangsa Brazil itu awal minggu ini, dan kini telah mendapat persetujuan dengan Chelsea.

Mereka perlu meyakinkan pemain 29 tahun itu untuk bersama pengurus baru, Mark Hughes walaupun ada khabar angin yang mengatakan Alex tidak berharap untuk berada lama di England.

Sementara itu Chelsea menerima tawaran QPR kurang daripada 24 jam selepas Gary Cahill bakal bersama skuad The Blues sejurus semua maklumat perpindahah dari Bolton selesai.

Alex yang telah bersama Chelsea sejak 2007 turut dikaitan dengan Paris St Germain dan Juventus sebelum ini diketepikan pasukan utama selepas menyerahkan borang perpindahan November lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan