Pertemuan Menentang Bolton, Peluang United Untuk Bangkit Pertahan Kejuaraan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

United mencatatkan kekalahan pertama musim ini apabila tewas 1-6 kepada Manchester City di Old Trafford pada 23 Oktober lalu. Kelihatan pemain City, Mario Balotelli (tengah) meraikan jaringannya dengan mengangkat jersinya yang tertera perkataan 'Why Always Me?'.
United mencatatkan kekalahan pertama musim ini apabila tewas 1-6 kepada Manchester City di Old Trafford pada 23 Oktober lalu. Kelihatan pemain City, Mario Balotelli (tengah) meraikan jaringannya dengan mengangkat jersinya yang tertera perkataan 'Why Always Me?'.

KEKALAHAN Manchester United dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini amat mengejut, terutamanya apabila tewas kepada Blackburn Rovers di gelanggang sendiri.

Namun, di sebalik kekecewaan itu terselit keceriaan buat pemain United apabila mereka berjaya mempertahankan sembilan perlawanan tanpa kalah musim ini.

Malah, kekalahan kepada kelab yang menghuni tangga tercorot liga itu di hadapan para penyokongnya pada Disember lalu amat memeritkan sebelum detik pahit itu berulang kembali di SportsDirect Arena, Newcastle, baru-baru ini.

Menjelang pertemuan dengan Bolton Wanderers yang juga menduduki tempat ke-18 dalam carta liga, Manchester United dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk menebus kekalahan dua kali berturut-turut itu.

United kini berada di tempat kedua berbekalkan 45 mata daripada 20 perlawanan, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Lebih mengejutkan United terpaksa berkongsi 45 mata dengan Tottenham Hotspur yang mempamerkan prestasi memberangsangkan pada musim ini.

Pada musim lalu, trofi EPL berpihak kepada United apabila mereka mempertahankan rekod cemerlang di Old Trafford.

Berbeza pula musim ini, apabila mereka keciciran sembilan mata di gelanggang sendiri.

Situasi itu amat membimbangkan ditambah pula dengan benteng pertahanan yang agak rapuh hasil beberapa kesilapan mudah sejak kebelakangan ini.

United terpaksa mengekalkan kemenangan demi kemenangan menjelang pertemuan dengan Arsenal dan Chelsea nanti.

Walaupun berada di zon penyingkiran pada pertengahan Oktober lalu, Bolton mempamerkan aksi berbeza ketika bertemu dengan kelab gergasi Inggeris.

Malah, Bolton menganggap pertemuan di Old Trafford pastinya menjanjikan persembahan dramatik di mana mereka pernah menundukkan United 1-0 di Stadium Reebok ketika saingan musim 2007, hanya berbaki 18 perlawanan.

Bolton tewas 0-5 kepada United di gelanggang sendiri musim ini. Namun, ketika bertandang ke Old Trafford musim lalu, mereka mempamerkan aksi luar biasa apabila mempertahankan gawang sehingga minit ke-88 sebelum Dimitar Berbatov membantu United mengutip tiga mata berharga.

Selepas tiga kekalahan pada musim ini iaitu tewas kepada Manchester City, Blackburn Rovers dan Newcastle United, United perlu mengekalkan rentak cemerlang dalam baki 18 perlawanan jika ingin mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Fakta perlawanan:

- Manchester United memenangi 12 daripada 14 pertemuan dengan Bolton.

- Bolton hanya mencatatkan satu kemenangan daripada 18 perlawanan menentang United iaitu 1-0 di Stadium Reebok pada Disember 2007.

- Red Devils menang lapan perlawanan terakhir EPL menentang Bolton di Old Trafford manakala Bolton melakar kemenangan berharga di Old Trafford pada September 2001.

Pertemuan di antara United dan Bolton akan berlangsung di Old Trafford, Sabtu pada pukul 10.55 malam. Ia boleh disaksikan secara langsung di siaran ESPN, CH812.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan