Menteri Harap Kemelut PBSNT, FAM Selesai Dengan Baik

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan berharap kekusutan yang berlaku antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat diselesaikan dengan baik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau mahu melihat badan bola sepak negara dan PBSNT menyelesaikan isu itu secara profesional, bukan secara sentimen dan sebagainya.

"Kita tahu dalam sistem bola sepak FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa), campur tangan kerajaan yang kerap dianggap tidak baik dan saya bimbang kalau terlalu banyak campur tangan kerajaan, politik dan sebagainya, ia boleh memberi ancaman kepada masa depan FAM

"Kita difahamkan FAM akan mengadakan mesyuarat khas hari ini dan kita tunggulah keputusannya," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Semai Bakti Parlimen Kemaman di sini pada Jumaat.

Kekecohan timbul berikutan FAM tidak membenarkan dua permain import dari Liberia dan Brazil yang didaftarkan oleh pasukan Terengganu, beraksi pada Liga Super kerana dikatakan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan badan induk itu.

Berikutan itu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team dalam saingan Liga Malaysia serta ingin menyaman FAM berhubung perkara itu.

Ahmad Shabery berkata dalam keghairahan ingin menurunkan pemain import, pihaknya tidak mahu melihat ada pasukan yang terpinggir.

"Apa yang disuarakan Menteri Besar Terengganu itu dilihat mewakili perasaan orang Terengganu dan penyokong PBSNT, manakala FAM juga ada pendiriannya.

"Saya minta perkara ini diselesaikan di peringkat FAM dan PBSNT. Saya tidak wajar campur tangan pada masa ini kerana kalau campur tangan, ia dikhuatiri boleh mengancam status FAM pada kaca mata FIFA," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan