Gibson Sah Sarung Jersi Everton

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gibson mencari pengalaman baru bersama pasukan Everton.
Gibson mencari pengalaman baru bersama pasukan Everton.

PEMAIN tengah Manchester United, Darron Gibson sah menjadi milik Everton selepas kedua pasukan bersetuju dengan nilai perpindahan sebanyak £2 juta (RM8.1 juta) pada Jumaat.

United bersetuju untuk menjual pemain antarabangsa Republik Ireland itu bulan ini sempena musim perpindahan, berbanding melepaskan secara percuma pada Jun nanti selepas tamat aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum ini Gibson menyuarakan kehendak untuk berhijrah ke pasukan lain demi masa depan kerjayanya memandangkan agak sukar untuk dia berada di barisan utama pasukan United kebelakangan ini.

Gibson mula menyarung jersi United pada tahun 2005 dan selepas 2008, dia sentiasa berada di bangku simpanan sahaja.

“Bukan mudah untuk meninggalkan kelab ini, namun apa yang saya ingin adalah yang terbaik buat diri sendiri.

"Jadi saya sudah bertekad untuk mencari pasukan lain yang boleh membenarkan saya bermain setiap minggu,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan