Terengganu Ancam Tarik Diri Daripada Aksi Liga Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengancam untuk menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia jika isu melibatkan pemain import antara Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal menemui jalan penyelesaian.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said memberi kata dua itu kepada FAM dan mahukan badan itu bertindak menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Kalau masalah ini tidak selesai, kemungkinan besar semua pasukan kita (PBSNT dan T'Team) akan menarik diri daripada menyertai Liga M dan Piala Malaysia.

"Kalau FAM nak gantung hingga 10 tahun pun, itu dia punya pasallah...ini kerana dia tidak bersikap profesional. Main bola sepak ni nak suka, nak gembira, kenapa dah menyusahkan orang," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Ahmad berkata beliau mahu FAM untuk membenarkan Terengganu menggunakan dua pemain import yang telah didaftarkan sebelum ini, dan FAM dikehendaki membayar ganti rugi kerana kerajaan negeri telah mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan dua pemain import berkenaan.

Katanya jika FAM gagal melakukan dua perkara itu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang.

Isu itu timbul ekoran pekeliling FAM bertarikh 23 Dis 2011 berhubung pendaftaran pemain import.

Ahmad berkata beliau telah ditunjukkan pekeliling itu yang dihantar oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum kontrak bersama pemain import ditandatangani untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2012.

"Pekeliling itu menyebut Terengganu hendaklah menamakan maksimum dua orang pemain asing yang akan bermain dalam Liga Malaysia 2012 dan pemain-pemain ini tidak boleh ditukar hingga tamat musim Liga M 2012, kecuali pertukaran dibuat semasa pendaftaran kedua dari 2 hingga 16 April 2012.

"Pada peranggan 4.22 pula disebut senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum 12 tengah hari Jumaat 6 Jan 2012 bagi pasukan Kelantan dan sebelum 12 tengah hari Isnin 9 Jan bagi pasukan Terengganu.

"Dia (FAM) tidak sebut pun pemain ini (hanya boleh) bermain (mewakili Terengganu) dalam kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), tetapi (yang disebut mereka boleh bermain) dalam Liga M," katanya.

Ahmad berkata, berikutan itu PBSNT mengadakan perjanjian dengan dua pemain dari Brazil, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carniet, untuk mewakli Terengganu dalam Liga Super.

Terengganu dikejutkan dengan keputusan FAM yang tidak membenarkan dua pemain import itu beraksi dalam Liga Super yang telah bermula semalam dengan alasan PBSNT gagal mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan.

"Saya nak tanya FAM, apa tujuan Liga M dibuat dan apa tujuan kita ambil pemain import? Ia untuk meningkatkan mutu bola sepak negara dan dengan harapan penonton lebih ramai datang ke stadium supaya kantung pasukan bola negeri dan kelab akan bertambah.

"Kalau FAM bertegas dengan keputusan (tidak membenarkan pemain import beraksi), saya rasa ia tidak profesional. Apa kerugian yang dihadapi FAM jika membenarkan Terenggnau bermain dengan pemain import yang ada.

"Yang menanggung kerugian sekarang kerajaan negeri Terengganu kerana kita yang mengeluarkan peruntukan kepada pasukan bola sepak negeri. FAM kena keluar surat dan akur dengan kesilapan, terima sajalah," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan