Yunus Mahu Baiki Bahagian Serangan T-Team

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kemenangan 3-0 T-Team ke atas Kedah dalam perlawanan pertama Liga Super mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi dilihat telah menyuntik semangat pemain pasukan itu untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata kemenangan itu telah meningkatkan lagi semangat pemainnya untuk menghadapi Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka Sabtu ini.

"Kita akan terus berjuang untuk mencari kemenangan seterusnya dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang," katanya.

Beliau berkata kejayaan besar ke atas Kedah itu banyak bergantung kepada kerjasama antara pemain yang turut dibantu dua pemain import dari Zambia dan Bosnia.

Namun beliau sedikt kecewa kerana penyerang import Zacharia Simikounda gagal memanfaatkan banyak peluang menjarigkan gol begitu juga dengan Fadly Shaari yang lebih banyak membantu di bahagian pertahanan daripada bertindak sebagai penyerang.

"Insya-Allah kita akan baiki kelemahan pemain-pemain ini bagi menghadapi perlawanan seterusnya," kata Yunus.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan