Kedudukan Safee Akibat Pengharaman Kelab Indonesia Ditentukan Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Safee Sali, penyerang Malaysia yang bermain dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya, akan mengetahui nasibnya selepas mesyuarat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pada Selasa bagi menentukan masa depan kelab-kelab yang terlibat dalam Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut akhbar internet tempo.com, PSSI akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya selepas tempoh untuk kelab-kelab tersebut, yang diisytiharkan haram oleh Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), untuk kembali ke pangkuan PSSI, tamat Isnin.

"Tiada lanjutan masa bagi kelab-kelab tersebut kembali menyertai PSSI. PSSI tidak boleh menunggu lagi kerana senarai kelab berkenaan perlu dihantar segera kepada FIFA," kata Ketua Umum PSSI, Djohar Arifin.

Safee, yang kontraknya bersama Pelita Jaya tamat pada 31 Jan ini, tersepit dalam kemelut bola sepak di republik itu kerana pengharaman ISL oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

PSSI pada minggu akhir Disember meminta kelab-kelab terbabit meninggalkan ISL dan kembali ke pangkuan badan induk bola sepak Indonesia itu dan memberi tempoh sehingga 9 Jan untuk mereka berbuat demikian.

Namun sehingga semalam tiada satu pun kelab dari ISL kembali ke pangkuan PSSI.

Djohar mengingatkan kelab-kelab itu bahawa pengharaman FIFA menyebabkan pemain yang terlibat dalam ISL tidak boleh menyertai skuad kebangsaan Indonesia.

Pemain import seperti Safee turut menerima tempias dan tidak boleh menyertai pasukan kebangsaan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan