Ferguson Terima Anugerah Presiden FIFA - Bola Sepak | mStar

Ferguson Terima Anugerah Presiden FIFA

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sir Alex Ferguson menerima Anugerah Presiden daripada Presiden FIFA, Sepp Blatter (kanan).
Sir Alex Ferguson menerima Anugerah Presiden daripada Presiden FIFA, Sepp Blatter (kanan).

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson menerima penghargaan tertinggi iaitu Anugerah Presiden buat pertama kalinya daripada FIFA di atas pencapaiannya bersama Red Devils selama 25 tahun dalam satu majlis di Zurich, malam Isnin.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter.

"Pencapaian terbaik pertamanya ketika di Aberdeen pada 1998. Khidmatnya merupakan contoh terbaik yang dipamerkan menerusi komitmennya terhadap bola sepak," kata Blatter.

Pengurus berusia 70 tahun itu turut memuji pemainnya kerana berkongsi matlamatnya dalam setiap permainan.

"Ia merupakan penghargaan tertinggi dalam kehidupan saya. Saya amat menghargainya.

"Dalam bola sepak anda tidak akan selalu menang...kadang kala anda tewas tetapi kami cuba untuk menang," katanya.

Feguson berjaya mengemudi Unite memenangi 12 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dua trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Bekas Perdana Menteri, Tony Blair dan Gordon Brown menghasilkan sebuah video sebagai tanda penghormataan kepada Ferguson.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan