Preach Khan Reach FC Teruja Sertai Piala FA

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab dari Kemboja, Preach Khan Reach FC yang buat pertama kali akan menyertai Piala FA musim ini menyifatkan penyertaan mereka sebagai permulaan penting.

"Piala FA Malaysia merupakan langkah penting bagi kami dan hampir 200 pemain dan staf kami. Impian saya ialah untuk melihat imej yang lebih baik buat bola sepak Kemboja sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," kata pengerusi kelab tersebut, Ly Kimchhun yang dipetik dalam laman web Persekutuan Bola Sepak Asean.

Preach Khan Reach yang merupakan Juara Piala FA di Kemboja (Hun Sen Cup) tahun lalu dijemput menyertai kejohanan Piala FA Malaysia bagi menggantikan tempat Harimau Muda B.

Sebuah lagi pasukan luar yang bakal beraksi dalam Liga Malaysia tahun ini ialah Lions XII dari Singapura.

Mengikut jadual, kelab Kemboja itu akan menentang Pulau Pinang pada 18 Feb dalam aksi pertama mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang secara keseluruhan bakal menyaksikan 16 pasukan yang berjaya dalam pusingan pertama layak ke pusingan kedua.

Sementara itu pengarah teknikal kelab berkenaan, Rith Dikar dipetik sebagai berkata pasukannya akan membuat beberapa perubahan di kalangan pemain berikutan pesaraan penyerang veteran Sam El Nasa dan penjaga gol Ouk Mich.

"Hanya penyerang Mat Hassan merupakan pemain baru dan kami telah mengambil tujuh pemain dari kelab belia kami. Kami tidak mempunyai masalah di bahagian serangan dan tengah, tetapi kami perlu mengukuhkan pertahanan kami kerana dibarisi ramai pemain muda," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan