PSG Tidak Berminat Bawa Masuk Pato, Kaka: Ancelotti

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Kaka (kiri)bersama Pato ketika masih memperkuat AC Milan sebelum berhijrah ke Real Madrid.
Aksi Kaka (kiri)bersama Pato ketika masih memperkuat AC Milan sebelum berhijrah ke Real Madrid.

PENGURUS baru Paris St Germain (PSG), Carlo Ancelotti menepis dakwaan bahawa beliau akan membawa masuk pemain Brazil, Kaka dan Alexandre Pato.

Kelab tersebut dikaitkan dengan perpindahan kedua-dua pemain yang pernah beraksi di bawah pimpinan Ancelotti ketika di Milan.

Namun, selepas menyaksikan anak buahnya tewas 0-1 kepada Milan dalam perlawanan persahabatan di Dubai, Ancelotti berkata, beliau tiada peluang untuk merealisasikan perpindahan Kaka yang kini bersama Real Madrid.

"Buat masa ini, dia masih lagi ada kontrak bersama Real. Kami akan cuba membawa pemain baru yang ingin dijual kelab mereka.

"Pato adalah pemain Milan. Dia masih mengikat kontrak bersama kelab tersebut dan kami tidak berminat terhadapnya," kata Ancelotti.

Pato yang menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan itu berkata, dia ada bertemu Ancelotti tetapi tidak berbincang mengenai sebarang tawaran.

Pemain tengah Milan, Gennaro Gattuso turut menafikan wujudnya perselisihan faham di antara Pato dan Pengurus Milan, Massimiliano Allegri.

"Jika khabar angin mengenai tawaran tersebut daripada PSG, saya yakin ia akan berlaku.

"Namun, saya juga percaya Pato akan kekal di Milan kerana masih terlalu awal untuknya berhijrah ke kelab lain," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan